Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) menerima jemputan untuk menyertai kejohanan di Thailand dan China, masing-masing pada Mei dan Ogos ini.
Presidennya Mohd Shapian Ali berkata mereka akan menghantar barisan pemain pelapis yang bakal mewakili Teregganu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis tahun depan.
Beliau berkata jemputan China adalah julung kali dalam sejarah persatuan itu dan ia mungkin berdasarkan prestasi skuad negeri yang menonjol di peringkat antarabangsa.
"Kita akan memberikan persembahan yang terbaik untuk mengharumkan nama Terengganu khususnya dan negara amnya dalam kejohanan tersebut," katanya di KualaTerengganu, semalam.
Dalam perkembangan lain, Mohd Shapian berkata PSTNT akan menganjurkan Kejohanan Bawah 20 tahun di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Terengganu, pada 5 April ini bagi memilih pemain Sukma 2014.
Beliau berkata kejohanan dua hari itu terbuka kepada semua pasukan.
Menurutnya, pada masa ini lapan pemain Sukma musim lalu masih layak mewakili Terengganu pada Sukma tahun depan.
No comments:
Post a Comment