Kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Golf Terengganu akan menganjurkan kejohanan golf edisi kelapan ‘PGM Terengganu Masters 2013’ bertempat di lapangan Resort World Kijal (dahulu di kenali sebagai Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort), Kemaman.
Kejohanan selama empat hari yang akan bermula 21 Ogos ini melibatkan penyertaan 148 peserta daripada 23 negara.
Sebanyak RM400,000 diperuntukan kerajaan negeri untuk kejohanan tersebut bagi memastikan ia berjalan lancar selain mendapat penajaan daripada jabatan dan agensi kerajaan serta badan-badan korporat.
Majlis pelancaran kejohanan yang bertaraf antarabangsa dan berprestij itu akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semasa Pertandingan Golf Pro-Am pada 20 April ini.
Pemenang utama bagi kejohanan ‘PGM Terengganu Masters 2013’ bakal menerima wang tunai RM35,000 di samping piala pusingan dan iringan.
Sasaran penganjuran kejohanan adalah untuk menjadikan sukan golf di Terengganu sebagai salah satu sukan rekreasi yang utama dan mampu menarik peserta dan pengunjung dari dalam dan luar negara.
Selain mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan terkemuka di negeri ini terutamanya sempena Tahun Melawat Terengganu 2013, sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pelancongan, kejohanan tersebut juga di harap dapat menarik.
Teganukita
No comments:
Post a Comment