Tuesday, March 19, 2013

Polis Terengganu Seru Suri Rumah Jadi Mata, Telinga Pihak Polis


Polis Terengganu menyeru golongan wanita khususnya suri rumah untuk menjadi mata dan telinga pihak polis bagi membantu pihak berkuasa mencegah jenayah di kawasan perumahan masing-masing.

Ia selaras dengan misi Amanita dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang tidak dilapor dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, pihaknya menyasarkan golongan suri rumah kerana mereka lebih banyak mengetahui isu dan jenayah yang berlaku di tempat mereka.

Suri rumah kadang kala mempunyai maklumat penting untuk disampaikan namun mereka tidak tahu ke mana hendak menyalurkan maklumat tersebut," katanya selepas merasmikan program Amanita, diKuala Terengganu, semalam.

Jamshah berkata, Amanita merupakan unit khas yang ditubuhkan PDRM bagi sama-sama membantu memerangi jenayah di persekitaran mereka.

"Kita akan memperluas program ini ke daerah-daerah tidak lama lagi dan bagi peringkat ini kita menyampaikan maklumat kepada setiap anggota dan pegawai termasuk kepada isteri polis.

"Selepas itu kita akan menghebahkan kepada orang ramai untuk sebarkan maklumat dan berkongsi tentang kejadian jenayah yang berlaku di sekeliling mereka," katanya. 

No comments:

Post a Comment