Monday, March 4, 2013
Puluhan Terperangkap Selepas Kemalangan Di Sungai Marang
Puluhan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama sekitar sejam, di jambatan Sungai Marang apabila tiga kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Marang kelmarin.
Akibat kemalangan itu, orang ramai turut memenuhi lokasi kemalangan menyebabkan kesesakan menjadi bertambah teruk, sebelum keadaan lalu lintas menjadi terkawal apabila pasukan bomba dan penyelamat serta polis daerah tiba di tempat kejadian.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.15 pagi itu, membabitkan dua kereta jenis Toyota Wish dan Toyota SEG serta sebuah van jenis KIA, namun difahamkan tiada kecederaan parah dilaporkan menimpa tiga pemandu termasuk penumpang tiga kenderaan itu.
Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan terbabit kemudiannya dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani pemeriksaan dan menerima rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Mohd Zamri Awang Long yang mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.17 pagi sebelum tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.
“Keadaan lalu lintas juga kembali pulih selepas tiga kenderaan itu dialihkan," katanya yang turut menasihati pengguna jalan raya di daerah berkenaan agar memandu secara berhemah dan berhati-hati dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
No comments:
Post a Comment