Sunday, March 31, 2013

Tiga Sekeluarga Lemas Ketika Berkelah Di Pantai Pandak, Chendering

Kakitangan  Hospital Sultanah Nur Zahirah membawa jenazah Saifuddin Harun (gambar kecil kanan) yang lemas di pantai Pandak, Chendering ke bilik mayat untuk dibedah siasat. Gambar kecil kiri, Mohd Hafiedz Mohamed @ Harun.
Tiga sekeluarga lemas ketika cuba menyelamatkan anak seorang daripada mangsa yang lemas ketika mandi di Pantai Pandak, Chendering, dekat Kuala Terengganu, petang kelmarin.

Mangsa yang lemas ialah Adam Daniel Mohd Hafiedz, 7; bapanya, Mohd Hafiedz Harun, 32, serta bapa saudaranya, Saifuddin Harun, 49, yang tinggal di Kampung Chendering.

Dua lagi mangsa yang terselamat kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Mereka ialah seorang lagi abang Mohd Hafiedz, Burhanuddin Helmi yang bekerja sebagai akauntan di Kuala Lumpur serta abang iparnya, Ahmad Idzham Tayyib, 41, yang tinggal di Kuala Ibai, dekat Kuala Terengganu.

Semua mangsa termasuk dua yang dirawat di ICU dikatakan ke pantai berkenaan bersama keluarga masing-masing untuk berkelah sempena cuti hujung minggu

 Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 6.40 petang, apabila Adam yang sedang mandi di pantai berkenaan, tiba-tiba lemas.

Sebaik menyedari Adam lemas, Mohd Hafiedz segera menyelamatkan anak keduanya itu, sebelum diikuti dua lagi abangnya, Saiffuddin dan Burhanuddin Helmi serta abang iparnya.

Bagaimanapun, Mohd Hafiedz dan Saifuddin juga lemas akibat dipukul ombak besar, manakala Burhanuddin Helmi dan Mohd Idzham yang cuba menyelamatkan mangsa, hampir lemas sebelum diselamatkan orang ramai yang berada di pantai itu.

Jurucakap polis berkata, Mohd Hafiedz dan Saifuddin terkorban ketika cuba menyelamatkan Adam yang lemas akibat dibawa arus deras.

Katanya, ketika berusaha menyelamatkan tiga mangsa terbabit, Burhanuddin dan Ahmad Idzaham turut lemas sebelum diselamatkan orang ramai yang berada di kawasan pantai berkenaan.

“Sebelum kejadian, mangsa bersama tujuh ahli keluarga membabitkan 35 orang ke pantai berkenaan untuk berkelah," katanya.

Bapa mentua Mohd Hafiedz, Musa Mohamad, 70, ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ berkata, dia tidak menyangka perjumpaan mereka adik beradik ke pantai berkenaan untuk berkelah berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila tiga daripada mereka, termasuk menantu dan cucu terkorban.

BH Online

No comments:

Post a Comment