Saturday, April 13, 2013
636.000636,00 penduduk Terengganu layak mengundi
Sebanyak 636,000 penduduk di Terengganu yang telah mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).
Pengarah SPR Terengganu, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab, berkata berdasarkan bilangan daftar pemilih terbaru yang disahkan sehingga Disember tahun lalu, seramai 636,00 orang daripada keseluruhan 718,999 penduduk di negeri ini yang layak mengundi.
“Hanya 40,357 orang atau 6.0 peratus daripada penduduk di Terengganu yang genap berusia 21 tahun dan layak mengundi, tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih.
“Berdasarkan perangkaan SPR, penduduk Terengganu paling tinggi dari segi peratusan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mendaftar sebagai pemilih,” katanya.
Katanya, ini bermakna bilangan penduduk di negeri ini yang belum mendaftar sebagai pemilih adalah yang terendah di negara ini, berbanding negeri-negeri lain seperti Wilayah Persekutuan Putrajaya (34.0 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (33.1 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (29.3 peratus), Sarawak (29.3 peratus) dan Selangor (16.0 peratus).
“Berdasarkan jumlah 636,000 individu layak mengundi di seluruh Terengganu, bilangan pengundi Parlimen Kuala Terengganu mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 94,561 orang, diikuiti Kemaman (92,087), Marang (90,926) dan Dungun pula mencatatkan 78,298. “Bagi Parlimen Kuala Nerus pula seramai 76,351 orang layak mengundi, Besut (72,703), Setiu (67,407) dan paling rendah, Setiu dengan jumlan 63,667 orang,” katanya.
Fakhrul Razi turut mengingatkan semua pengundi diminta menyemak kembali status lokasi mengundi masing-masing bagi mengelak kekeliruan dan kekalutan ketika proses pilhan raya berjalan.
“Semakan daftar pemilih boleh dibuat di ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau mana-mana pejabat SPR berdekatan mulai jam 8 pagi hingga 5 petang pada waktu bekerja.
“Pengundi juga boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my bagi membuat semakan dan mendapatkan keterangan mengenai tempat mengundi.
Katanya, pihaknya ada menerima aduan, pengundi tidak menyedari alamat mengundi `berpindah’ ke lokasi lain sedangkan mereka telah mengisi borang pertukaran alamat.
“SPR tidak mahu lagi mendengar perkara seumpama ini berulang, oleh itu, mereka dinasihatkan segera menyemak status lokasi mengundi masing-masing sebelum tiba hari pilihan raya,” katanya
No comments:
Post a Comment