Saturday, April 13, 2013

159 Borang Penamaan Calon Sudah Terjual

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menjual 28 borang penamaan calon bagi kerusi Parlimen dan 77 borang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu sejak pembubaran Parlimen, 3 April lalu.

Pengarahnya SPR negeri, Fakhrul Razi Ab Wahab, berkata borang berkenaan turut dibeli calon Bebas, Maimun Yusof, 94, atau Tok Mun yang pernah bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu juga sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) selain seorang lelaki, Tengku Khalid Tengku Abd Rahman.

"Setakat ini (semalam), kita sudah jual 105 borang penamaan calon, 77 bagi kerusi DUN dan 28 kerusi Parlimen," katanya.

Daripada jumlah itu, wakil UMNO membeli masing-masing 11 borang bagi kerusi Parlimen dan DUN.

PAS pula membeli 16 borang kerusi Parlimen dan 64 bagi kerusi DUN, manakala calon Bebas membeli satu borang kerusi Parlimen dan dua DUN.

etiap set borang itu dijual pada harga RM20, katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ada seramai 634,944 pengundi berdaftar di seluruh Terengganu termasuk 2,122 anggota tentera dan 4,159 anggota polis yang akan melakukan pengundian awal, manakala 57 lagi adalah penjawat awam serta pelajar sepenuh masa di luar negara.

No comments:

Post a Comment