Saturday, April 13, 2013

Ahmad Said Enggan Campur Tangan Kemelut T-Team

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said enggan masuk campur dalam sebarang urusan kemelut dalaman pasukan kelab T-Team ketika ini kerana sibuk dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada pihak pengurusan T-Team untuk menyelesaikan secara berhemah melibatkan kontroversi ketua jurulatih Peter James Butler dan pemain import George Boateng yang didakwa mengasari seorang jurugambar akhbar di Kuala Terengganu.

Insiden tersebut berlaku ketika penyerahan surat ‘direhatkan’ daripada setiausaha kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT), Ali Embong kepada jurulatih itu pada Selasa lepas.

"Kita serahkan kepada pihak pengurusan sebab saya tidak mahu campur tangan dalam sibuk-sibuk pilihan raya ini.

"Saya tidak mahu membuat keputusan yang tergesa-gesa dan akhirnya akan memalukan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sepakat Komuniti 1Malaysia di Batu Hampar, Manir semalam.

No comments:

Post a Comment