Monday, April 15, 2013

Ahmad Said Umum Nama Calon, Manifesto Malam Ini?

 

Semua mata kini tertumpu kepada senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan diumumkan serentak di 14 negeri esok, di mana perhatian lebih diberikan kepada calon di Selangor, Kedah, Johor dan Melaka.

Tidak terkecuali adalah Kelantan yang dikatakan PAS akan menghadapi tentangan sengit dan khabar angin bertiup kencang kononnya Terengganu akan mendapat Menteri Besar baharu.

Pengerusi BN Terenggau, Datuk Seri Ahmad Said kini di Kuala Lumpur menerima surat tauliah calon dan tidak diketahui sama ada akan mengumumkan malam ini atau sebaliknya.

Isu kononnya Ahmad Said tidak bertanding masih bertiup kencang.

Yang nyata secara keseluruhannya pada pilihan raya ini BN akan  menurukan 82 peratus calon muka baru  termasuk 49 peratus di peringkat kerusi Parlimen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada 82 peratus itu, 33 peratus akan diletakkan di kawasan Parlimen dan 49 peratus di kawasan Dun.

Sebanyak 727 kerusi akan dipertandingkan kali ini iaitu masing-masing 222 kerusi Dewan Rakyat dan baki 505 kerusi Dun.

Kata Najib, sebahagian besar calon muka baru akan ditempatkan di kawasan yang BN kalah pada PRU 2008.

Beliau juga berkata, perubahan besar yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi jangkaan dan kehendak pengundi pada PRU13.

"Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN. Umno juga akan buat esok pagi, secara serentak... dan meletakkan 82 peratus calon baru berdasarkan kehendak rakyat," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN di PWTC hari ini.


Bagi Selangor dan Kedah yang cuba dirampas kembali BN selepas tewas kepada Pakatan Rakyat pada 2008, senarai itu akan mengenal pasti calon Menteri Besar negeri tersebut sekiranya BN menang.

Tiga calon pilihan untuk jawatan itu bagi Selangor diwar-warkan ialah Naib Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang, Datuk Shamsuddin Rais, Ketua Umno Bahagian Subang Dr Bushro Mat Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal.

Bagi Kedah, sumber BN yakin terhadap prestasi parti itu di negeri tersebut kerana kerajaan PAS yang menerajui negeri itu dilihat dalam keadaan kucar-kacir ekoran masalah dalaman parti.

Sementara itu, tiga calon pilihan bagi jawatan Menteri Besar Kedah adalah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Latt Shariman Abdullah yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah.

Tidak ketinggalan, Johor turut akan mempunyai Menteri Besar baru tanpa mengira apa jua keputusan pertemuan di antara Datuk Abdul Ghani Othman dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Di Terengganu, Pengerusi BN Negeri itu akan mengumumkan Manifesto BN Tambahan kira-kira jam 9 malam ini di hadapan semua pemimpin kanan BN Terengganu dan bakal calon-calon BN yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada PRU13 nanti.

Semua ketua-ketua bahagian UMNO, ketua-ketua parti komponen BN dan ketua-ketua sayap UMNO dan parti komponen BN kira-kira 2,000 orang dijangka hadir pada majlis tersebut.

Menurut Teganukita, manifesto tambahan yang akan diumum di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) malam ini mengandungi Aku Janji BN untuk melaksanakan pelbagai projek dan program bagi membela nasib rakyat.

Teganukita difahamkan projek urbanisasi dan perumahan, pembangunan ekonomi dan usahawan serta pendidikan menjadi agenda utama yang bakal dimasukkan dalam manifesto berkenaan.

Manifesto tambahan bagi BN Terengganu itu akan menjadi pelengkap kepada maifesto BN Pusat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, baru-baru ini.

Manifesto tambahan BN Terengganu digubal berdasarkan keperluan semasa rakyat negeri ini, khususnya di segi penempatan dan peluang pekerjaan serta kepentingan bidang pelajaran yang akan mengubah masa depan keluarga berpendNajib: 82% calon BN muka baru Barisan Nasional (BN) menurukan 82 peratus calon muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) termasuk 49 peratus di peringkat kerusi Parlimen. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada 82 peratus itu, 33 peratus akan diletakkan di kawasan Parlimen dan 49 peratus di kawasan Dun. Sebanyak 727 kerusi akan dipertandingkan kali ini iaitu masing-masing 222 kerusi Dewan Rakyat dan baki 505 kerusi Dun. Kata Najib, sebahagian besar calon muka baru akan ditempatkan di kawasan yang BN kalah pada PRU 2008. Beliau juga berkata, perubahan besar yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi jangkaan dan kehendak pengundi pada PRU13. "Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN. "Ikut jadual parti komponen akan memaklumkan senarai masing-masing hari ini dan serentak esok pengerusi BN negeri. "Umno juga akan buat esok pagi, secara serentak... dan meletakkan 82 peratus calon baru berdasarkan kehendak rakyat," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN di sini hari ini. apatan rendah.

No comments:

Post a Comment