Polis Terengganu membuka 13 kertas sisatan berkaitan penganjuran ceramah tanpa permit oleh parti politik di sini sejak hari penamaan calon Sabtu lepas.
Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Terengganu Superintenden Koh Ah Tiam berkata semua parti yang bertanding diingat agar mendapatkan permit untuk berkempen dari balai polis daerah di kawasan masing-masing.
"Sejak penamaan calon Sabtu lepas, parti-parti politik mula menganjurkan ceramah namun mereka tidak mendapatkan permit daripada pihak polis, dan sehingga kini, kita masih jalankan siasatan mengikut Seksyen 24B (10) Akta Pilihanraya sebelum tindakan lanjut diambil," katanya pada sidang akhbar di Kuala Terengganu.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak empat kes khianat dilapor sepanjang kempen pilihan raya kali ini.
No comments:
Post a Comment