Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTB) Cawangan Terengganu menyeru pesara tentera memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Yang Dipertuanya, Alias Ab Razak berkata, ini kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan dan sentiasa membela nasib tentera yang tidak berpencen.
Katanya, tidak dinafikan ramai di kalangan mereka dahulu adalah pro pembangkang setelah merasakan tiada pihak yang prihatin dan mahu membela nasib askar pencen namun kini mereka telah kembali ke pangkal jalan.
"Saya akui dahulu kami agak kecewa dengan kerajaan yang seakan tidak menghiraukan nasib kami sebagai askar yang tidak berpencen dan kami mengerahkan tulang empat kerat ini bagi mencari pendapatan selepas tamat perkhidmatan.
"Hasil daripada program transformasi yang dibuat oleh Perdana Menteri baru-baru ini, hati kami telah kembali terpujuk dan mula sedar dengan usaha kerajaan yang tidak putus-putus membantu seperti pemberian 'One-Off' sebanyak RM1,000 kepada bekas askar," katanya ketika ditemui semalam.
Alias berkata, pemberian dan keprihatinan kerajaan tidak terhenti di situ sahaja kerajaan kini sedang menimbang permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan sara hidup bagi meningkatkan taraf ekonomi bekas tentera tidak berpencen kerana sebahagian besar mereka bekerja sendiri.
Katanya, pemberian 'One-Off' turut dapat dinikmati oleh balu askar tersebut.
Jelasnya sehingga kini seramai 2,000 askar yang tidak berpencen di seluruh negeri mendaftar sebagai ahli dan pihaknya sedang berusaha untuk mengesan lebih ramai askar yang tidak berpencen mendaftar di bawah persatuan itu.
No comments:
Post a Comment