Tuesday, April 9, 2013

Anwar Umum Calon PKR Terengganu Malam Ini


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon PKR Terengganu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) malam ini.

Ketua Penerangan PKR Cabang Kemaman, Alias Abd Majid berkata, pengumuman itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat dan akan dibuat di pekarangan Pejabat PKR Cabang Kemaman di Taman Jakar Jaya, Chukai.

“Jadi semua penyokong Pakatan Rakyat (PR) termasuk Barisan Nasional (BN) dan Umno dialu-alukan hadir. “Pada malam tersebut Datuk Seri Anwar juga akan sampaikan amanatnya yang terakhir sebelum bermulanya hari pengundian,” katanya.

Kata Alias, beliau percaya PRU 13 ini masa dan peluang terbaik bagi seluruh rakyat untuk melakukan perubahan kerana rakyat sudah lebih 50 tahun dibelenggu dengan cara pemerintahan ala Umno dan BN yang penuh penipuan dan rasuah.

“Semoga dengan kehadiran seluruh rakyat Terengganu pada malam tersebut akan memberi satu jawapan bahawa kali ini kita tukar dari BN kepada PR,” katanya.

SH Online

No comments:

Post a Comment