Idris (tengah) bersama pemimpin UMNO Besut mendengar ceramah Zainal Abidin di Jerteh Souq, kelmarin. Mursyidul Am PAS perlu tunjuk bukti keluar ‘fatwa’ kelirukan umat Islam |
Pengerusinya, Mohd Zainal Abidin Awang (gambar kanan), berkata mereka mahu berdebat dengan Nik Aziz atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana sering mengeluarkan kenyataan pelik yang dianggap sebagai fatwa oleh pengikut parti itu selama ini.
Beliau berkata, cabaran pihaknya untuk berdebat dengan Nik Aziz atau Abdul Hadi sudah disuarakan sejak dua tahun lalu, namun tiada pemimpin PAS yang menyambut pelawaan itu.
“Sejak 2011, kami mengajak Nik Aziz dan Abdul Hadi berdebat, tetapi mereka langsung tidak menyambut pelawaan kami.
“Sebaliknya, mereka terus mengeluarkan pelbagai fatwa songsang, memfitnah dan memburukkan pemimpin UMNO dari semasa ke semasa,” katanya selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Tujuh Dalil Haram Undi PAS’ di depan lebih 5,000 hadirin di Jerteh Souq, malam kelmarin.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin.
Mengenai ‘fatwa’ terbaru Nik Aziz bahawa solat orang UMNO tidak dapat pahala, Zainal Abidin berkata, soal itu hanya ditentukan Allah dan bukan Mursyidul Am PAS terbabit.
Zainal Abidin juga meminta PAS menunjukkan bukti dan fakta, bukan setakat membuat tohmahan mereka menentang UMNO kerana parti itu menolak Islam, sedangkan pemimpin UMNO selama ini tidak pernah menolak Islam.
“Ia adalah dakwaan Nik Aziz semata-mata yang mahukan pengikut dan umat Islam membenci UMNO dan kerajaan. PAS sendiri menukar agenda menegakkan negara Islam menjadi negara berkebajikan selepas bersekongkol dengan DAP,” katanya.
Beliau juga menasihatkan penyokong PAS yang tenggelam dalam pengaruh parti itu supaya bersikap lebih terbuka dalam isu ini, demi masa depan Islam dan menolak PAS yang turut dilabelnya sebagai parti ajaran sesat.
Sementara itu, ketika berceramah, Zainal Abidin sekali lagi mengingatkan umat Islam haram untuk mereka mengundi calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana parti itu melakukan penyelewengan akidah Islam.
“Antara dalil haram undi PAS berikutan beberapa tindakan parti itu kebelakangan ini, termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam dan sering mengeluarkan fatwa bercanggah dengan Islam dari semasa ke semasa.
“Perkara lain yang dilakukan mereka, termasuk perkongsian dengan DAP, isu Hudud PAS, penubuhan negara Islam dan berkebajikan serta beberapa isu lain,” katanya
Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment