Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya, dijangka meningkat berbanding lima tahun yang lalu, dipercayai ekoran peningkatan kesedaran dan pertambahan besar dalam jumlah pengundi yang berdaftar.
Bancian kendalian Sinar Harian Online menunjukkan 96 peratus pembaca yang menyertai bancian atas talian mengakui bahawa mereka akan keluar mengundi pada 5 Mei ini.
Hanya empat peratus mengatakan tidak akan keluar mengundi. Seramai 12,989 pembaca menyertai bancian yang diadakan hampir seminggu.
Seramai 76 peratus pengundi keluar mengundi pilihan raya peringkat Parlimen manakala 77 peratus peringkat Dun pada Pilihan Raya Umum 2008.
Menjawab soalan sama ada pembaca Sinar Harian Online pernah mengundi sebelum ini, seramai 65 peratus mengatakan "ya" berbanding 35 peratus.
Berbanding soalan di atasi, soalan ini disertai 13,197 orang.
Seramai 13,457 pembaca menjawab soalan sama ada mereka merupakan pengundi kali pertama
Seramai 38 peratus setuju manakala 62 peratus mengatakan tidak.
Bancian ini dikendalikan selepas pembubaran Dewan Rakyat dan Dun dan diteruskan sehingga selepas Surhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini manakala hari pengundian pula 15 Mei.
Dalam pada itu, menjawab soalan sama ada pembaca yang menyertai bancian online sudah membuat keputusan parti yang hendak dipilih, 96 peratus atau 13,750 daripada 14,371 orang, mengatakan "sudah buat pilihan."
Hanya empat peratus mengatakan tidak.
Peratusan persetujuan ini memperlihatkan kesamaan dengan mereka yang menjawab soalan sama ada akan keluar mengundi kali ini.
Bancian kali ini juga bertanya pandangan orang ramai mengenai manifesto yang dibentangkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) masing-masing pada 6 April dan 25 Februari lalu.
Seramai 81 peratus mengatakan manifesto PR memikat perhatian mereka berbanding 19 peratus di pihak BN.
Peratusan pembaca yang sama berpendapat bahawa manifesto PR lebih meyakinkan.
Berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.
Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).
Pengundian normal akan diadakan pada 5 Mei manakala undi awal dijadualkan 30 April.
No comments:
Post a Comment