Monday, April 22, 2013

BN Mampu Realisasikan Hub Ekopelancongan Dan Zon Bebas Cukai Di Tasik Kenyir


Harapan menjadikan Tasik Kenyir sebagai hab ekopelancongan serta kawasan bebas cukai akan terlaksana sekiranya Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kawasan Parlimen Hulu Terengganu, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Calon BN Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari berkata bagi merealisasikan hasrat itu, pengundi kawasan berkenaan perlu terus memberi sokongan kepada BN pada PRU13.

"Kalau saya dan rakan seperjuangan kalah pada pilihan raya umum ke-13 ini, maka semua harapan itu tidak dapat dilaksanakan...oleh itu sokongan rakyat, dengan menterjemahkan sokongan itu dengan mengundi BN nanti," sangat penting," katanya kelmarin.

Jailani akan ditentang Kamaruzaman Abdullah dari PAS. Beliau berkata masyarakat perlulah bijak memilih dengan menilai dan melihat sejarah kepimpinan kerajaan BN sejak 2004.

"Rakyat perlu tahu hanya kerajaan BN sahaja yang boleh melaksanakan pelbagai kemajuan ...contohnya banyak projek mega telah dibuat seperti lebuh raya, stadium, taman wawasan dan taman tamadun di Terengganu sejak 2004," katanya.

Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia di hulu Sungai Kenyir, Terengganu dengan keluasan 2,600 kilometer persegi, mengandungi 340 pulau kecil.

Pengerusi BN Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini mengumumkan 18 manifesto tambahan BN di Terengganu, termasuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai hab ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.

No comments:

Post a Comment