Monday, April 22, 2013

Calon Parti PKR Jenis Edar ‘Pil Kuda’ & Pengikut Sosialisme-Komunisme?

Gambar Karl Marx duduk dalam markas...Hadi
Ini pendedahah ‘Ayah Chik’ sendiri bukan orang lain.

Baca elok-elok ya!

‘Ayah Chik’ atau Datuk Seri Abdu Hadi Awang kata ada calon-calon pembangkang yang dikemukakan oleh rakan sekutunya pembangkang disyaki pengedar pil kuda.

Sementara ada juga yang jenis menjulang Lenin dan Stalin, memakai lambang dan menampal gambar Karl Marx dalam markas.

Malah, menurut Presiden PAS itu. beliau bimbang calon yang dikemukakan oleh sekutu pembangkangnya jenis ‘tangkap muat’. Ini kenyataan hangat dan pastinya mendapat reaksi daripada rakan sekutunya dalam pembangkang.


Menurut Hadi: “Gambar Karl Marx duduk dalam markas, macamana orang PAS nak bekerja (sama), sebab itu ada bertindih bertanding....untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat.

"Kita tak mahu memerintah sekejap dan jatuh, PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihanraya tetapi keteguhan apabila diberi kemenangan oleh Allah SWT,"jelasnya.

Siapa calon edar pil kuda dan pengikut komunis yang dimaksudkan oleh Presiden PAS itu? Apakah calon PKR yang diletakkan di Terengganu bersifat sedemikian?

Yang sahihnya, Hadi bukan tuju kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau Bebas kerana menurutnya calon PAS terpaksa diletakkan di kawasan tertentu bimbang pembangkang akan kalah.

Katanya,  pertindihan terpaksa dilakukan kerana PAS mahu selamatkan pakatan pembangkang!

Tanpa menamakan kawasan, Hadi bimbang calon yang dikemukakan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang itu juga jenis tangkap muat.

"Kita tak mau jadi kerajaan kita jatuh seperti negeri Perak, PAS mempunyai jentera yang ramai di seluruh negara.... PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya tapi kalau ada calon yang kita khuatir calon yang tangkap muat.

"Calon yang boleh menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak...... maka jadi berlaku pertindihan," ujarnya.


Berucap pada ceramah kempen pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) di Kampung Tebakang, DUN Alor Limbat  di Marang malam semalam, beliau berkata pertindihan di Johor kerana calon yang ditunggu-tunggu tidak tiba dan PAS bertindak masuk mengemukakan calon, kerana bimbang Barisan Nasional menang tanpa bertanding.

Namun, sebaik sahaja calon PAS masuk katanya, calon tersebut tiba-tiba muncul dan masuk memfailkan kertas pencalonan. Demi menuju Putrajaya, PAS tetap meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP dan tidak ada apa-apa masalah dalam kerjasama tersebut, kata Hadi.

No comments:

Post a Comment