Friday, April 19, 2013
BN Terengganu Pastikan Proses Penamaan Calon Berjalan Lancar
Dua hari menjelang penamaan calon esok, semua calon Barisan Nasional (BN) untuk lapan kawasan parlimen dan 32 dewan undangan negeri (DUN) di Terengganu mengisi set borang pencalonan masing-masing, semalam.
Setiausaha BN negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata tanggungjawab fasa pertama itu penting buat calon yang bertanding bagi memastikan proses penamaan calon Sabtu ini berjalan lancar tanpa masalah teknikal.
Beliau berkata proses itu yang melibatkan lapan kaunter khas diadakan di Sri Iman, kediaman rasmi menteri besar, dan turut dihadiri wakil calon, pencadang, penyokong dan saksi.
Proses yang bermula 8.30 pagi itu berjalan lancar dan calon dikehendaki mengisi borang pencalonan selain Borang Akuan Berkanun (Surat Sumpah) di hadapan peguam dan pesuruhjaya sumpah.
"Kami turut menyediakan segala khidmat dan pengesahan di sini untuk calon-calon yang memerlukan bantuan pada saat-saat akhir," katanya semalam.
Antara kriteria yang wajib calon patuhi ialah membawa surat peletakan jawatan bagi penjawat awam selain kad pengenalan dan borang akuan sumpah.
No comments:
Post a Comment