Friday, April 19, 2013
Che Mat Jusoh - 'Saya Boleh Imbang Antara Bola Dan Politik'
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata beliau tidak menghadapi masalah untuk mengimbangi masa antara aktiviti bola sepak dan politik.
Tambahan pula kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Batu Buruk itu, gandingan politik dan sukan bukan perkara luar biasa.
"Bagi saya tidak akan timbul masalah," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Menurut Che Mat, tugasnya di PBSNT juga semakin ringan kini selepas melantik pegawai untuk membantu menguruskan persatuan.
"Saya telah beri amanah kepada mereka (pegawai berkenaan) supaya mereka boleh laksanakan tugas dengan baik," kata Che Mat yang pernah menjadi Speaker Dun Terengganu bagi tempoh 2004-2008.
Pada pilihan raya umum 2004, beliau kalah dengan perbezaan 140 undi kepada calon Pas Datuk Wan Abd Mutalib Wan Embong di DUN berkenaan. Che Mat meneraju PBSNT sejak 1997.
No comments:
Post a Comment