Ahmad Said bersama penerima replika kunci rumah pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar dan Pekerja Cemerlang serta Penyerahan Kunci Rumah Pekerja Kompleks Sungai Tong dan Bukit Bes |
Bagaimanapun , Pengerusinya, Datuk Roslan Awang Chik berkata, pemberian bonus tersebut diagihkan kepada beberapa kategori berdasarkan prestasi dan jangka masa seseorang bekerja dengan TDM dan jumlah maksimum bonus adalah sembilan bulan gaji.
“Pemberian bonus bermula bulan depan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu 10 peratus pekerja akan mendapat sembilan bulan bonus, 10 peratus bagi dua bulan, manakala 80 peratus lagi akan menerima antara tiga hingga lapan bulan bonus.
“Melalui pemberian bonus ini, ia diharapkan dapat memberikan lebih semangat kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi kerja dari semasa ke semasa.
Kita juga membina rumah kediaman untuk kakitangan sebagai kemudahan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar dan Pekerja Cemerlang serta Penyerahan Kunci Rumah Pekerja Kompleks Sungai Tong dan Bukit Besi, di Setiu kelmarin yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Pada majlis berkenaan, seramai 122 anak kakitangan TDM Plantation yang cemerlang dalam peperiksaan awam menerima tunai antara RM100 hingga RM1,000.
Kata Roslan, sempena program berkenaan juga, pihaknya turut memberi penghargaan kepada beberapa pekerja cemerlang dalam bentuk tunai RM250 seorang selain menyerahkan replika kunci rumah kepada 32 kakitangan serta pekerja ladang.
Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata, bagi tempoh tujuh tahun bermula 2005, sebanyak RM22 juta dibelanjakan bagi membina 280 unit rumah untuk pekerja sebagai kemudahan perumahan kepada mereka semua.
SH Online
No comments:
Post a Comment