Ali (kanan) menyerahkan surat rehat kepada Butler (tengah), semalam. |
Butler yang juga pengurus pasukan, berulang kali menghalau sambil menolak dan memaki jurugambar berusia 21 tahun itu dengan panggilan bodoh bagi melarang gambarnya dirakam selepas menerima surat daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT), Ali Embong.
Bagaimanapun, penyerahan surat untuk merehatkan pengendali berbangsa Inggeris itu selama 30 hari bertukar ganas apabila pemain import, George Boateng, pula campur tangan bertindak mencaci, menolak dan cuba merampas kamera jurugambar.
Tengku Mohd Syamim berkata, dia bertekad tidak melepaskan kameranya kerana bimbang dirosakkan Boateng dan terpaksa menahan kesakitan apabila tangannya dicakar dengan kuku pemain itu.
Ketika itu, saya hanya mahu mempertahankan kamera saya. Saya memang terkejut dengan tindakan pemain itu kerana saya cuma menjalankan tugas.
Saya tidak sedikit pun menyangka yang Butler dan Boateng, sanggup bertindak liar, katanya.
Susulan insiden itu, Tengku Mohd Syamim membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu bagi langkah keselamatan dan tidak mahu perkara sama berulang kepada wartawan atau jurugambar lain pada masa hadapan.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh, kesal dengan kejadian itu dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci sambil menambah akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti jurulatih dan pemain terbabit melakukan kesalahan di padang latihan hari ini (semalam).
Penolong jurulatih, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor akan menggantikan Butler dan ia diluluskan lembaga pengarah pasukan.
No comments:
Post a Comment