Wednesday, April 10, 2013
Kerajaan BN Berjaya Bangunkan Imej Islam
Kejayaan Malaysia membangunkan umat Islam dalam pelbagai aspek ekonomi, sosial dan pendidikan tidak perlu dipertikaikan kerana ia sememangnya diiktiraf oleh negara Islam lain.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti mampu membawa imej negara ke tahap yang cemerlang dalam pembangunan beteraskan Islam walaupun tidak melebelkannya sebagai parti Islam.
Bekas Presiden AMIM, Prof Datuk Dr Sidek Baba berkata, adalah salah jika ada pihak menuduh kerajaan BN tidak Islamik sebaliknya pelbagai projek pembangunan berteraskan Islam sudah dilaksanakan.
Katanya, penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Tabung Haji adalah contoh besar yang dibangunkan kerajaan untuk umat Islam negara ini.
Dr Sidek pernah menjawat jawatan Timbalan Rektor UIAM berkata, beliau sendiri turut terbabit dalam beberapa penubuhan institusi Islam kesal dengan tomahan pemimpin pembangkang yang memperlekehkan usaha kerajaan untuk membangun Islam.
“Jika tidak ada usaha oleh pemimpin BN sudah tentu rakyat khasnya umat Islam tidak akan menikmti kemudahan yang disediakan seperti sekarang,” katanya dalam wacana dengan kakitangan kerajaan daerah Besut semalam.
Beliau berkata, usaha terbaru kerajaan ialah membina sebuah Universiti Al Quran bertaraf antarabangsa yang akan dibina di tempatkan di Kuala Lumpur Pembinaan universiti pertama seumpama itu di dunia dijangka dilaksanakan pada 2014 di kawasan seluas 180 hektar.
Menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diberi tanggungjawab untuk membina universiti itu yang akan membuka peluang kepada pelajar hafiz dari dalam dan luar negara.
Beliau yang juga ahli lembaga pengarah universiti itu berkata, berikutan penubuhan universiti itu labih ramai pelajar lepasan hafiz akan berpeluang mendalami Al Quran secara khusus.
Katanya, penubuhan IMTIAZ dan MRSM Ulul Albab yang ada di Terengganu sekarang bakal mencetuskan fenomena baru dalam pendidikan Islam apabila mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran di s ebuah universiti khusus untuk mengaji Al Quran.
Teganukita
No comments:
Post a Comment