Monday, April 29, 2013

Hudud - Anwar Terus Membisu Walau Didesak DAP


Kecelaruan pemimpin pakatan pembangkang yang bertelagah berhubung isu pelaksanaan hukum hudud semakin ketara apabila ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengambil sikap berdiam diri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, Anwar perlu menyatakan pendiriannya ekoran dua pemimpin parti dalam pakatan pembangkang itu bercanggah pendapat mengenai isu tersebut.

“Ketika ini, Presiden Pas, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bertegas mahu (hukum) hudud dilaksanakan tetapi mendapat tentangan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

“Anwar pula terus mendiamkan diri, apa kedudukan pakatan pembangkang sebenarnya dalam isu itu apatah lagi perkara tersebut tidak dimasukkan dalam manifesto mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pada pemberita selepas majlis perasmian penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013 di Kangar semalam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, isu hudud tidak sepatutnya timbul kerana pelaksanaan undang-undang Islam itu tidak ada dalam senarai manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Karpal pula pada satu sidang akhbar kelmarin turut meminta Anwar menyatakan pendirian beliau terhadap isu tersebut.

No comments:

Post a Comment