Monday, April 29, 2013

Ahmad Said Turun Padang Parlimen Kuala Nerus, Yakin Menang Besar...


(Dikemaskini) Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menggenapkan lawatan ketujuhnya  ke kawasan Parlimen, apabila menerusikan agenda turun padang di Parlimen Kuala Nerus. Esoak beliau akan mengakihiri turun padangnya apabila ke Parlimen Kuala Terengganu.

Sehingga kini, beliuu sudah turun padang ke semua kawasan Parlimen dengan memulakan program turun padang di mulakan dengan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, termasuk ke Parlimen Kemaman, kelmarin.

Semalam, sehari suntuk beliau di kawasan Parlimen Dungun dalam hari ini sehingga lewat malam akan menyertai program turun padang di Parlimen Kuala Nerus.

Ketika turun padang di Hulu Terengganu empat hari lalu, Ahmad Said selaku Pengarah Pilihan Raya BN (BN) Negeri Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di semua kawasan, terutamanya kawasan Hulu Terengganu tidak mempunyai sebab untuk menolak BN pada hari pengundian 5 Mei ini

Majlis Selamat Tinggal PAS di DUN Pengkalan Berangan, malam kelmarin.

Katanya, ini kerana prestasi cemerlang kerajaan BN sudah terbukti menerusi pelaksanaan pelbagai janji termasuk pembinaan prasarana asas, sukan dan pelancongan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Selain itu masih banyak lagi yang sedang dan akan dilaksana jika BN terus meneraju negeri ini seperti dalam Aku Janji BN, kata Ahmad Said pada majlis Pemimpin Turun Padang, di Kuala Berang.

Merujuk kepada pembangunan pesat di Tasik Kenyir, Ahmad berkata, selain pembangunan yang sedang dilakukan, BN Terengganu merancang membina tiga hotel dengan 750 bilik di kawasan tumpuan pelancong itu bagi menarik lebih ramai pengunjung.

"Kita sasarkan dua juta pelancong ke Tasik Kenyir setahun," katanya.

Ahmad Said melawat salah sebuah markas BN di DUN Alor Limbat
Pada pilihan raya kali ini BN tampilkan calon baharu Datuk Jailani Johari bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu sementara kerusi dewan undangan negeri (DUN) pula ditandingi Rozi Mamat (Telemung), Yusof Awang Hitam (Manir), Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Kuala Berang), dan Ghazali Taib bagi DUN Ajil.

Di Parlimen Marang,kelmarin, selain memperkemaskan jentera, Ahamd Said turut menyaksikan kemasukan seramai 68 penyokong PAS cawangan Durian Guling ke dalam UMNO.

Jawatankuasa PAS cawangan itu Yusuf Md Yassin menyerahkan borang keahlian mereka kepada Pengerusi
Ahmad Said dalam majlis 'Selamat Tinggal PAS' malam kemlarin.


Yusuf berkata, mereka tidak pernah mendapat sebarang manfaat daripada PAS meskipun memberi sokongan penuh kepada parti itu.

"Perjuangan PAS jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah abaikan kami dalam membela nasib terutama golongan miskin," katanya kepada pemberita.

Seorang penyokong PAS, Hasrolnizar Syah Abu Bakar, berkata beliau kecewa terhadap pemimpin PAS yang gagal membawa perubahan pembangunan dan terpesong dari landasan asal perjuangan. "Saya mula sedar PAS sudah jauh menyimpang.

Mereka seolah-olah mementingkan politik parti berbanding rakyat," katanya.

Sejak awal tahun ini, UMNO bahagian Marang menerima 189 permohonan keahlian dari penyokong PAS.

Berucap di DUN Sura, semalam.

Semalam, di Dungun, Ahmad Said menegaskan, BN Terengganu tidak akan menggunakan taktik kotor untuk meraih undi.

Beliau beberapa kali mengulangi bahawa pihaknya tidak akan menggunakan taktik kotor untuk meraih undi seperti didakwa sesetengah pihak menerusi laman sosial baru-baru ini.

Beliau berkata sebagai parti yang memegang teguh kepada ajaran Islam, BN tidak mengamalkan taktik mengaibkan maruah individu ataupun parti lawan pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

"Kami lebih tertumpu dalam perkasakan jentera parti dan kami tiada masa untuk memikirkan hal-hal parti lain. Kami hanya sibuk berkempen mengenai Aku Janji BN yang pasti akan kami laksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat jentera parti Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura di Majlis Perbandaran Sura, di Dungun, semalam.

Katanya pemantauan terhadap kesemua bahagian sepanjang musim kempen telah dilaksanakan bagi memastikan tiada pihak yang memainkan sentimen sensitif seperti itu.

Sebelum ini, sesetengah pihak mendakwa BN Terengganu menggunakan klip video lucah yang mengaitkan pemimpin kanan pakatan pembangkang menerusi laman sosial Facebook.

Beliau juga meminta semua ketua cawangan Umno memberi tumpuan bagi memperkuatkan jentera parti dalam mencapai misi meraih kemenangan di semua kerusi Parlimen dan DUN.

Kerusi Parlimen Dungun menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara calon BN Datuk Rosli Mat Hassan, PAS (Wan Hassan Mohd Ramli) dan calon Bebas Mazlan Harun. Calon BN peringkat DUN pula dibarisi oleh Roslee Daud (Bukit Besi), Datuk Zaabar Datuk Mohd Adib (Rantau Abang), Zakariah Ali (Sura) dan Datuk Matulidi Jusoh (Paka).

No comments:

Post a Comment