Hudud menjadi isu pilihan raya bukan ditimbulkan oleh UMNO atau Barisan Nasional tetapi oleh Pas sendiri.
Amat nyata pembangkang kini bercakaran sesama sendiri mengenai isu ini dan langsung tidak ada kena mengena dengan kenyataan pemimpin atau kempen Barisan Nasional.
Kini ada pertentangan dan pertikaian pendapat yang serius antara pemimpin dalam pakatan pembangang, termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bertegas tolak hudud.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak hudud dilaksanakan di Selangor kerana negeri itu didiami pelbagai kaum.
Amat nyata PAS gagal mentarbiahkan pemimpin pakatan pembangkang mengenai hudud walaupun ia tetap mahu melaksanakannya.
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata semalam, Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei ini walaupun ditentang parti komponennya, DAP.
Bagaimanapun, katanya, hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.
“Hudud ini dalam agama Islam, juzud daripada Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri.
“Tentang hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan diluluskan oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh Kota Bahru, semalam.
Menurutnya, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat tertentu sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan.
“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar Pas.
Di Setiu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan memaksa DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang, untuk menerima pelaksanaan hukum hudud.
Semasa berceramah di Kampung Batu Rakit dekat sini malam Rabu, Hadi memberi hujahnya berdasarkan sebaris ayat Al-Quran yang bermaksud 'tiada paksaan dalam agama'.
"Dalam perkara yang bersama, kita bersatu. Dalam perkara yang berbeza kita tidak berkelahi. Timbul masalah PAS melaksanakan hukum hudud, DAP tidak setuju tetapi tidak menentang.
"Ini suatu perbezaan yang kita kena faham. Kalau kita tidak boleh paksa dalam perkara agama, maka undang-undang lebih lagi tak boleh paksa. Ini dasar yang kita amalkan," katanya.
Abdul Hadi berkata masyarakat bukan Islam kini mula buka mata dengan menerima pucuk pimpinan utama negara dengan syarat pentingnya ialah beragama Islam.
Katanya parti itu mensasarkan kemenangan terlebih dahulu bersama sekutunya PKR dan DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan kemudian barulah akan melaksanakan aspirasi PAS secara berperingkat.
"Kita nak menangkan dulu pakatan rakyat ini, biar rakyat pilih kita dulu. Nak tunaikan amanah buku jingga negara berkebajikan yang sama dengan PAS.
"Jangan bimbang kalau pakatan rakyat menang, perdana menteri (tetap) orang Islam. Kalau orang takut saya jadi PM tak apa, saya (turun) ke laut pun tak apa.
Saya (boleh) jadi wakil rakyat pantau PM sama ada dia buat betul ke tidak," kata Abdul Hadi.
No comments:
Post a Comment