Thursday, April 25, 2013

BN Komited Jadikan Setiu Pusat Industri Perikanan Negara

Imbas Kembali...Menteri Besar ketika melawat pemberita ketika melawat ladang ternakan udang di Kampung Nyatuh, Setiu pada Mac 2012.
Barisan Nasional (BN) Terengganu akan pastikan daerah Setiu akan terus maju sebagai pusat industri perikanan terkemuka negara jika terus mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pusat berkenaan melibatkan pelaburan RM300 juta kini sedang dalam peringkat pelaksanaan dengan menawarkan 700 peluang pekerjaan.

"Sehingga kini sejumlah 250 peluang pekerjaan telah wujud hasil daripada projek akuakultur di Setiu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada pekerja dan anak-anak peladang TDM Plantation Sdn Bhd di Setiu semalam.


Projek pembangunan industri perikanan di Setiu terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa I projek Tukun Tiruan, iaitu Integrated Shrimp Aquaculture Park (ISHARP). ISHARP ialah projek usahasama antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri dan Blue Archipelago Bhd di Penarik, Setiu telah pun beroperasi dengan kemampuan menghasilkan 3,600 tan metrik udang setahun.

Selain itu, pembangunan Fasa II melibatkan pembinaan pusat pembenihan udang di kawasan itu telah bermula dan dijangka mampu menghasilkan sehingga 10,000 tan metrik udang setahun.

Ahmad berkata, selain dalam bidang perikanan BN negeri turut memberi penumpuan dalam sektor pendidikan dengan membina sebuah sekolah Imtiaz di Setiu bagi melengkapkan satu daerah satu Imtiaz.

Sementara itu, calon Parlimen Setiu, Mohd Zulkifli Jusoh, yang juga bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berkata beliau akan memastikan generasi muda di daerah tersebut yang gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dapat mengikuti bidang kemahiran.

Pada PRU-13, 5 Mei ini, Mohd Zulkifli akan ditentang oleh calon PAS Omar Sidek.

No comments:

Post a Comment