Thursday, April 18, 2013

Individu Terlibat Keganasan Politik Tidak Akan Terlepas Tindakan Undang-Undang


Individu yang terlibat dalam keganasan politik pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

"Tindakan akan diambil tanpa mengira daripada parti mana individu itu datang untuk memastikan semua pihak menghormati undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melancar '1Malaysia Fix Capital Xcess (1MFX) Program Res-Q: Peluang Kedua Untuk Atasi Bankrap' di Bangunan Parlimen semalam.

1MFX dilancar untuk menyediakan rangkaian pengurusan kewangan secara profesional dan mengurus isu kebankrapan dengan berorientasikan khidmat pelanggan sepenuhnyaNazri berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terbukti bertindak ganas pada PRU13 tanpa perlu menunggu sehingga tamat pilihan raya umum itu.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan pihak berkuasa untuk bertindak terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang.

"Pendakwaan juga akan dibuat sebaik pihak berkuasa selesai menjalankan penyiasatan dan memperoleh segala bukti kukuh serta dibentang kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tanpa perlu menunggu sehingga tamat PRU13," katanya.

No comments:

Post a Comment