Parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) diingatkan agar tidak menampal sebarang poster dan bahan kempen di tempat yang boleh merosakkan harta awam.
Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata walaupun pihaknya berlembut namun ini bukan bererti mereka tidak akan bertindak.
"(Ini) terutama tampalan (di kawasan) seperti kabel elektrik yang kemungkinan putus dan membahayakan orang ramai.
"Juga dilarang menampal poster di atas jambatan yang menggunakan kayu palang," katanya
Beliau juga berkata bendera parti kini didapati banyak dipasang di atas jambatan sekitar bandar ini.
No comments:
Post a Comment