Penyerang import baharu T-Team, Damir Ibric (dua dari kanan) diasak pemain Perak pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam. |
Gol pertama pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-34 hasil jaringan Ahmad Takhiyuddin Roslan sebelum Abdul Latif Suhaimi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-75.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, Terengganu mengalahkan Felda United 2-1.
Pasukan jemputan Singapura, Lions XII kembali merampas kedudukan sebagai pendahulu Liga Super selepas mengalahkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 3-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura semalam.
Lions XII memintas pasukan Johor Darul Takzim dengan kelebihan dua mata selepas mengutip 27 mata daripada 13 perlawanan.
Skuad bimbingan V. Sundramoorthy membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi Shahfiq Ghani sebelum kapten pasukan, Shahril Ishak mengandakan jaringan pada minit ke-45.
ATM berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi pemain importnya, Marlon Alex James pada minit ke-60. Kegembiraan skuad bimbangan B. Satianathan tidak kekal lama apabila penyerang berbisa Lions XII, Shafiq mengesahkan kemenangan pada minit ke-70.
Sementara itu, dalam satu perlawanan saingan Liga Perdana, Sarawak mengalahkan Perlis 2-0 di Stadium Negeri Sarawak.
Dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie pada minit ke-13 dan Bobby Gonzales pada minit ke-38.
Kelmarin, Kelantan gagal meneruskan rentak kecemerlangan apabila tewas 1-2 kepada PKNS dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam,.
Keputusan itu membuatkan anak bimbingan Bojan Hodak gagal meraih tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.
Dalam perlawanan itu, Kelantan terlebih dahulu mengatur serangan melalui sayap kiri apabila pergerakan Mohd Faiz Subri berjaya melepasi pertahanan lawan, namun hantarannya gagal disudahkan barisan hadapan.
Selepas itu, Faiz sekali lagi memainkan peranan mengucar-kacirkan benteng pertahanan, tetapi turut gagal apabila berjaya dikekang pemain tuan rumah.
Rentak permainan Kelantan selepas itu dilihat sedikit perlahan dan lebih mengamalkan corak bertahan hingga memaksa bola banyak berlegar dalam kawasan sendiri.
Bermula babak kedua, Hodak yang menyedari rentak permainan kurang menyengat mula membuat dua pertukaran dengan memasukkan Dickson Nwakame dan Mohd Farisham mengantikan Khairul Izuan serta Mohd Zamri.
Kemasukan dua pemain tersebut hanya mampu merubah corak permainan kira-kira 10 minit sebelum aksi berpuas hati dan corak bertahan dipamerkan.
ernyata aksi tersebut membawa padah apabila tuan rumah menjaringkan dua gol melalui Roman Chmelo pada minit ke-51 dan Mohd Fauzan pada minit ke-72. Tersentak dengan gol tersebut, Kelantan cuba melakukan serangan untuk mendapatkan gol penyamaan.
Benteng tuan tuan rumah ternyata kebal untuk ditembusi. Kelantan melakukan pertukaran ketiga dengan mengeluarkan Mohd Faiz dan memasukan Norfarhan pada minit 75 namun gagal mencipta sebarang gol .
Berbaki lima minit terakhir tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Patrick Ronaldinho dilayangkan kad merah kerana mengasari K Nantakumar, begitu pun peluang itu gagal digunakan sepenuhnya Kelantan untuk mendapatkan gol penyamaan.
No comments:
Post a Comment