Tuesday, April 30, 2013

Kebajikan Anggota ATM Akan Terus Terbela Di bawah BN


Kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus terbela jika Barisan Nasional (BN) masih mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN sentiasa menghargai pengorbanan anggota keselamatan dengan menyediakan kehidupan lebih selesa, kenaikan gaji dan pangkat yang berterusan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menambah dan menyediakan aset serta inventori berkualiti kepada ATM dan warganya terutama ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan

"Malah selepas beliau menjadi Perdana Menteri, beliau masih menjaga kebajikan anggota keselamatan. Ini membuktikan BN sentiasa relevan dan prihatin terhadap anggota keselamatan," katanya pada perhimpunan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. 

No comments:

Post a Comment