Friday, April 12, 2013

KETENGAH Terima Sumbangan RM1.35 Juta Untuk Tabung Amanah Masyarakat


Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Khamis menerima sumbangan RM1.35 juta dari lima anak syarikatnya untuk mengisi Tabung Amanah Masyarakat Ketengah.

Pengurus Besarnya Wan Mat Amin Wan Daud berkata tabung itu bertujuan memberi pelbagai bantuan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal, penduduk miskin, anak yatim serta warga emas di wilayah itu.

"Anak syarikat yang menyumbang untuk tabung ini ialah Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, YIT-Ketengah Perwira Sdn Bhd, Ketengah Perwira Sdn Bhd dan Ketengah Jaya Sdn Bhd yang masing-masing menyumbangkan RM300,000.

"Syarikat Rakyat Ketengah Perwira Sdn Bhd pula menyumbang sebanyak RM100,000 manakala sebuah syarikat korporat iaitu Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad turut menyumbangkan RM50,000," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis sambutan ulang tahun KETENGAH yang ke-40 di Bandar Al Muktafi Billah Shah yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam.

Setiap tahun, KETENGAH melalui tabung amanah itu memperuntukkan hampir RM1 juta dalam pelbagai bentuk termasuk sumbangan wang tunai atau mengikut keperluan penerima seperti pakaian dan buku sekolah bagi pelajar daripada keluarga miskin

No comments:

Post a Comment