Monday, April 1, 2013

M2 Buka Kedai Pakaian Berjenama Di Kuala Terengganu

Milan Lifestyle Sdn.Bhd (M2) sebuah kedai jualan pakaian berjenama luar negara akan melancarkan cawangan pertamanya di Kuala Terengganu awal bulan depan.

Jurucakapnya Shafina Amran berkata Kuala Terengganu adalah di antara 15 buah kedai yang akan dibuka oleh M2 di Semenanjung Malaysia tahun ini.

"Selepas Kuala Terengganu, kami akan melancarkan cawangan di Seri Manjung, Perak dan Kota Bharu, Kelantan," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Shafina berkata cawangan M2 di Seri Manjung Perak telah dibuka beberapa minggu lepas cuma belum dirasmikan lagi.

"Kita akan mengadakan majlis perasmian kedai tersebut tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, Shafina cawangan M2 di Kuala Terengganu dijangka mendapat sambutan daripada peminat-peminat pakaian berjanama di negeri itu.

"Lagipun kita lihat tidak ada banyak persaingan Terengganu," katanya.

Katanya M2 adalah sebuah kedai konsep yang diketengahkan sepenuhnya oleh syarikat bumiputera iaitu Milan Lifestile Sdn Bhd yang menawarkan produk pelbagai jenama premium terkenal.

Ini termasuklah produk seperti Giorgio Armani, Emporio Armani, Armani Exchange, Hugo Boss, Roberto Cavalli, Salvatore Ferragamo, Polo Ralph Lauren, Tommy Hilfiger dan lain-lain.

Shafina berkata M2 juga menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus bagi semua barangan dan dengan ini semua pelanggan mampu memiliki barangan berjenama terkenal.

edai M2 cawangan Kuala Terengganu itu terletak di Jalan Banggol, Kuala Terengganu.

Pemain-pemain bola sepak pasukan Terengganu akan menjadi tetamu pada majlis pelancaran kedai itu awal bulan depan.

No comments:

Post a Comment