Monday, April 1, 2013

Sultan Mizan Sampai Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Terengganu

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada qari dan qariah bagi majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri di Stadium Mini Kampung Raja, Besut, Khamis ini.

Turut dijadual berangkat Sultanah Terengganu, Tuanku Nur Zahirah.

Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh hari ini berkata majlis tilawah itu akan diadakan bermula 2 April dengan 16 peserta mewakili setiap daerah di negeri ini mengambil bahagian.

Majlis tilawah itu akan dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Selasa ini, katanya semalam.

Johan qari dan qariah akan mewakili negeri Terengganu untuk tilawah peringkat kebangsaan yang dijangka diadakan pada Jun. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tilawah.

No comments:

Post a Comment