Thursday, April 18, 2013

MAS Tawar Tambang Istimewa Untuk Pulang Mengundi 5 Mei


Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang istimewa kepada rakyat Malaysia untuk terbang pulang bagi mengundi pada 5 Mei di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata tempahan bagi kelas perniagaan dan ekonomi boleh dilakukan mulai sekarang sehingga 26 April bagi perjalanan dari 18 April hingga 30 November tahun ini, sebagai sebahagian daripada tambang istimewa PRU13 itu.

Beliaui berkata tambang kelas ekonomi yang merangkumi kesemua bayaran dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Pulau Pinang, Terengganu, Kuantan, Kota Baharu, Johor Baharu dan Langkawi bermula dari RM130 manakala tambang pulang yang merangkumi kesemua bayaran bermula dari RM713.

Tambang pulang yang merangkumi kesemua bayaran dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Labuan, Tawau, Miri, Sibu, Sandakan, Bintulu dan Kuching bagi kelas ekonomi atau perniagaan masing-masing bermula serendah RM300 dan RM1,713, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ahmad Jauhari berkata rakyat Malaysia juga boleh terbang dari Kuching ke Kota Kinabalu, Miri, Bintulu atau Sibu dari serendah RM76, yang merangkumi kesemua bayaran tambang pulang pada kelas ekonomi dan dari RM1,513 bagi kelas perniagaan.

Beliau berkata penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau, Labuan dan Sandakan bermula dari RM136 yang merangkumi kesemua tambang pulang dan dari RM1,713 bagi kelas perniagaan.

Katanya bagi penumpang yang menempah penerbangan antara 27 April dan 12 Mei tetapi mahu menangguhkan perjalanan masing-masing bagi PRU13 pula, MAS akan mengetepikan caj penalti dan melanjutkan tempoh perjalanan masing-masing sehingga 31 Julai tahun ini.

"Kemungkinan kami adalah syarikat penerbangan tunggal yang membenarkan para penumpang menyemak semula pelan perjalanan masing-masing bagi PRU.

Dengan pengenalan tambang istimewa dan dasar bagasi kabin, para penumpang boleh merancang dengan mudah perjalanan sehari untuk pulang bagi mengundi," katanya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,klu saya tinggal di kg Perlis sekarang ni..boleh ke saya tuntut tambang kenderaan sendiri dtg ke kl untuk mengundi di kawasan Titiwangsa...sebab nama saya mengundi kwasan Titiwangsa..sebab dahulu nya saya tingggal Flat di Pekerliling..macamana cara nya nak dtg mengundi dan boleh ke tuntut tambang nya.

    terima kasih..
    junidah

    ReplyDelete