Tuesday, April 30, 2013

Menangkan BN - Masjid Baru Akan Di Bina Di Pulau Duyong

Sebuah masjid baru dengan reka bentuk yang menarik akan dibina di dalam air di Pulau Duyong jika Barisan Nasional menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal.

Selain itu, pada tahun hadapan juga Pejabat Baru Daerah Kuala Nerus akan dibina.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Ahmad Said, berkata kerajaan BN berpegang kepada slogan janji ditepati dan sentiasa mengotakan janji yang di buat terhadap rakyat.

"Apa yang penting jentera BN hendaklah memastikan anak buah kita keluar awal untuk mengundi pada hari pembuangan undi nanti.

"Semua jentera BN juga hendaklah bekerja kuat demi memastikan BN menang di semua DUN di Kuala Nerus ini,” katanya.

Beliau mengulangi, sebanyak 500 unit rumah, lima unit rumah kedai akan dibina di Bukit Tunggal sambil yakin BN mampu mengekalkan mandat rakyat pada PRU13.

"Dengan kehendak Allah s.w.t dan dengan sokongan rakyat, saya yakin BN kali ini menang dengan cemerlang dan lebih baik dari Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

“Pada 5 Mei marilah kita beramai-ramai keluar mengundi dan pilihlah BN,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap di majlis ramah mesra dan minum pagi bersama penduduk di perkarangan pasar Bukit Tunggal, Kuala Nerus, semalam.

Katanya, Kerajaan BN optimis untuk menawan kembali DUN Bukit Tunggal yang sudah lima tahun berada di bawah Pas tetapi tiada satu pun perubahan dan pembaharuan yang dilakukan.

"InsyaAllah sekiranya Barisan Nasional menang di Bukit Tunggal 500 unit rumah akan dibina di sini dan sebagai tambahan lapan unit rumah kedai juga akan dibina di Bukit Tunggal,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment