Sunday, April 21, 2013

Muhyiddin Ajak Rakyat Beri Mandat Kepada Najib


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengajak rakyat supaya memberikan mandat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pertama kali menerajui Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata mandat itu penting bagi membentuk kerajaan, sekali gus dalam memacu pembangunan negara.

"Ini kerana Perdana Menteri (Najib) mengambil alih pentadbiran dari bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008.

"Pada waktu itu bila BN menang walaupun kurang kerusi tetapi itu mandat Tun Abdullah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

"Ini kali pertama Najib sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN. Jadi, mohon rakyat beri peluang kepada beliau untuk membentuk semula kerajaan," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama Pertubuhan Peladang Johor, di Kampung Parit Tengah, Batu 18, Ayer Hitam malam semalam.

Muhyiddin, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, berkata tempoh empat tahun pentadbiran Najib telah menyaksikan banyak perubahan dan pencapaian terutamanya program transformasi negara.

No comments:

Post a Comment