Muhyiddin (enam dari kanan) bergambar bersama 18 wakil sekolah SJKC yang menerima cek bantuan pada Majlis Perjumpaan Dengan Guru-guru dan SJKC Parlimen Pagoh di SJKC Ai Hwa, Panchor, Muar semalam. |
Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang percubaan untuk memainkan isu tersebut dalam kempen adalah semata-mata bertujuan meraih undi dan simpati sedangkan masalah itu sudah diselesaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"SPR telah memutuskan DAP boleh terus menggunakan simbol roket. Jadi, kita harap pemimpin DAP tidak memutarbelitkan (fakta) atau menunjukkan rasa kasihan dan teraniaya.
"Ada juga tanggapan ini perbuatan UMNO, sedangkan ini hak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Dalam kes ini (DAP) bukan diharamkan, ini maklumat yang diterima daripada ROS. Kita tidak campur tangan dalam soal DAP," katanya selepas melawat Pusat Daerah Mengundi Kampung Tengah, Sungai Terap semalam.
SPR semalam mengesahkan DAP boleh menggunakan lambang roket untuk bertanding pada PRU-13 walaupun siasatan ROS berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu masih berjalan.
Sementara itu, di GEORGE TOWN, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata,calon DAP tetap akan menggunakan simbol roket yang telah menjadi tradisi parti itu sejak 47 tahun lalu sewaktu hari penamaan calon hari ini.
Bagaimanapun, jika pencalonan mereka ditolak, calon-calon parti itu mempunyai pilihan kedua menggunakan simbol Pas untuk mereka yang bertanding di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat untuk kerusi di Sabah dan Sarawak.
Calon parti itu yang bertanding di 51 kerusi Parlimen dan 103 kerusi Dewan Undangan Negeri akan membawa dua set borang pencalonan.
"Kita sediakan dua borang, calon akan serah dahulu borang dengan surat tauliah parti untuk guna simbol roket. "Jika pencalonan ditolak, mereka akan serah set borang kedua dengan surat tauliah parti Pas untuk guna simbol mereka (bulan)," katanyasemalam.
Di Johor Bahru, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut membayangkan kesediaan calon-calon parti itu menggunakan lambang Pas manakala calonnya di Sabah dan Sarawak menggunakan PKR. Kit Siang pada sidang akhbarnya di Pusat Operasi DAP, Johor Bahru semalam bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan DAP menggunakan simbolnya sendiri.
No comments:
Post a Comment