Najib bersalaman dengan jemaah Menteri selepas membuat pengumuman sebenar tadi. |
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.
Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.
No comments:
Post a Comment