Tuesday, April 9, 2013

Papa Gomo Sedia Gempur Anwar Pada Pru-13

Papa Gomo bersama borang.
Blogger kontroversi, Papa Gomo akan bertanding sebagai calon bebas menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik yang menjadi jurucakap calon itu berkata, Papa Gomo sedia bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang akan ditandingi Anwar.

Mohamad Rafi yang membacakan kenyataan Papa Gomo berkata, keputusan untuk bertanding dibuat kerana mahu Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu.

"Sebelum ini, amaran telah diberi kepada Anwar agar dia berundur bagi mengelak video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum, namun Anwar masih berdegil," kata Papa Gomo.

 Mohamad Rafi ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan di sini semalam. Dia turut mengambil dua set borang penamaan calon bagi pihak Papa Gomo.

 Papa Gomo berkata, Anwar sudah diberi peluang berundur secara terhormat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Walaupun sedar tidak berpeluang menang, Papa Gomo berhasrat mahu mendedahkan kepada pengundi siapa Anwar sebenarnya.

No comments:

Post a Comment