Tuesday, April 23, 2013

PBSNT Hilang Khidmat Owona, Mencari Pengganti


Terengganu menerima tamparan hebat apabila pemain importnya Jean-Emmanuel Effa Owona terkeluar daripada baki saingan Liga Super dan Piala FA ekoran kecederaan pergelangan tangan kanan.

Penyerang berbisa kelahiran Cameroon itu disahkan memerlukan rehat selama tiga bulan untuk pulih sepenuhnya dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedang mencari pengantinya.

Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata pihaknya telah menghubungi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk merisik sama ada mereka boleh menggantikan Owona berikutan jendela pendaftaran pemain pertengahan musim berakhir semalam.

"Saya memohon pihak FAM agar dapat mengkaji isu ini di bawah pendaftaran khas pemain import bagi membolehkan skuad Peteh mendaftar pemain lain,” katanya selepas melawat Owona di Hospital Pakar Kuala Terengganu, Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya kehilangan khidmat Owona sedikit merencatkan percaturan yang telah dilakukan oleh skuad bagi meneruskan cabaran dalam Liga Super dan separuh akhir Piala FA.

No comments:

Post a Comment