Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM)menggesa pihak berkuasa menyiasat dan bertindak terhadap mana-mana pihak yang merancang untuk mencetuskan huru-hara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Presidennya Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata persatuan itu tidak mahu melihat suasana aman di negara ini dicemari tindakan ganas semata-mata kerana pihak berkenaan ingin mendapat kuasa.
"Justeru, PBTM mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak berkuasa menyiasat sebarang rancangan yang boleh menjurus kepada tercetusnya huru-hara dan mengambil langkah preventif supaya ia tidak berlaku," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, semalam.
Sebelum ini, Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Datuk Adiwijaya Abdullah dilaporkan berkata ada pihak tertentu dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa PRU13 dengan tersebarnya risalah mengandungi cara mewujudkan ketegangan di pusat mengundi.
No comments:
Post a Comment