Kempen calon muda baharu Barisan Nasional (BN) Terengganu, Mohd. Iskandar Jaafar, 38, bertukar menjadi pilu apabila singgah di gerai makan Kampung Apal di sini pagi semalam.
Ia berikutan seorang peniaga, Esah Ghani, 67 secara tiba-tiba mendekati Mohd. Iskandar lalu menitiskan air mata apabila melihat kelibat calon baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi itu semasa menjalankan kempen di kawasan berkenaan.
Esah memberitahu, dia sangat berbangga dengan anak jati Kampung Apal tersebut yang mendapat kepercayaan pucuk pimpinan BN menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei nanti.
“Saya sudah anggap dia macam anak sendiri. Sejak kecil lagi dia sering datang ke gerai ini untuk menjamu selera ataupun minum bersama sahabat-sahabat lain.
“Kami sangat berbangga dengan pemilihan Iskandar kerana pengorbanan penduduk kampung memberi bantuan kepada dia untuk melanjutkan pengajian pada tahun 1999 lalu di Universiti Malaya melahirkan modal insan contoh di kampung ini,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Kosmo!
No comments:
Post a Comment