Tuesday, April 23, 2013

Pengundi Manir Mahukan Pembangunan Selepas Lama Terbiar

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan sejak lima penggal diwakili PAS berbanding kawasan lain di bawah Barisan Nasional (BN).

Calon BN Yusuf Awang Hitam berkata pelbagai kemudahan dan keperluan akan ditambah sejajar dengan pertambahan penduduk jika BN dapat menawan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Beliau berjanji soal pembangunan kawasan akan menjadi fokus utama jika terpilih sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Katanya ia termasuk pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik bagi meringankan beban rakyat yang rata-rata bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan.

"Sebelum ini kita telah menyiapkan 347 unit rumah mampu milik namun jika BN diberi mandat pada kali ini kita akan membina lebih banyak kemudahan untuk penduduk Manir," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

Yusuf berkata walaupun bertanding di kawasan kubu kuat PAS namun beliau yakin BN dapat menawan kembali kawasan itu berdasarkan maklum balas pengundi di kawasan itu yang inginkan perubahan.

Pada PRU13, Yusuf akan ditentang anak Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib iaitu Mohd Hilmi.

Mohd Hilmi, yang juga merupakan ahli perniagaan, menggantikan bapanya bertanding di DUN Manir yang dikuasai PAS sejak lima penggal lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Harun mengalahkan calon BN, Wan Sagar Wan Embong dengan majoriti tipis 432 undi

No comments:

Post a Comment