Thursday, April 18, 2013
PKR Jenis Parti 'Tikam Belakang' - PSM
Parti Sosialis Malaysia (PSM) terkilan dengan keputusan pimpinan tertinggi PKR menyingkirkan parti itu daripada persaingan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Dun N24 itu.
Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata, tindakan PKR ini seolah ‘membuli’ PSM yang kononnya kurang popular dan menempatkan calon kroni di kerusi itu.
Sebelum ini, PKR meminta PSM menggunakan logo PKR untuk bertanding pada PRU13, setelah mengadakan rundingan parti itu bersetuju untuk bertanding atas tiket PKR.
“Pada 13 April, semasa pertemuan kepimpinan PSM dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau ulangi pendirian ini dan berjanji tidak akan umum dua kerusi iaitu Kota Damansara dan Semenyih ketika majlis pengumuman calon PKR Selangor pada 14 April lalu, kononnya bagi membolehkan perbincangan PSM berhubung penggunaan logo PKR.
“Bagaimanapun, pada 14 April, malangnya Datuk Seri Anwar telah umum Hamidi Hassan iaitu pembantu peribadi kepada Azmin Ali sebagai calon PKR di Dun Semenyih tetapi menangguh pengumuman untuk Dun Kota Damansara yang disandang Dr Nasir Hashim,” katanya semalam.
Menurut S Arulchelvan, permohonan mereka ditolak atas alasan bangsa, PKR mahu calon Melayu berada di posisi itu untuk singkirkan pesaing utama mereka iaitu Barisan Nasional (BN).
“PSM memang sokong PKR untuk tumbangkan BN dan bentuk kerajaan persekutuan tetapi dengan alasan ‘bangsa’ kami digulingkan begitu sahaja. Ini tidak adil dan tidak wajar.
No comments:
Post a Comment