Tuesday, April 30, 2013

Promosi Pilihan Raya MAS Dapat Sambutan Amat Menggalakkan


Promosi pilihan raya umum ke-13 Malaysia Airlines (MAS) mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kira-kira 34,000 tempat duduk ditempah semasa kempen dua minggu itu.

MAS berkata di bawah promosi itu, tambang pergi balik terangkum bagi Kelas Perniagaan dan Ekonomi ke beberapa destinasi tempatan termasuk dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Pulau Pinang, Terengganu, Kuantan, Kota Bharu, Johor Bharu dan Langkawi bermula dari sehingga serendah RM130 manakala tambang bagi Kelas Perniagaan bermula daripada RM713.

"Tambang pilihan raya umum ke-13 diperkenalkan bermula 16-28 April," kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan itu gembira dapat menawarkan tambang mampu milik kepada rakyat Malaysia untuk kembali ke kampung halaman mereka untuk mengundi.

"Sebagai syarikat penerbangan nasional, wajar bagi kami untuk membantu pelanggan kami menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bagi pilihan raya akan datang," katanya.

Sementara itu, promosi tersebut menyaksikan laluan paling popular seperti Kuala Terengganu, Alor Setar dan Kota Bahru disambar hanya dalam masa sejam

No comments:

Post a Comment