Tuesday, April 30, 2013

165,800 Anggota Tentera dan Isteri Mengundi Hari ini

Sejumlah 165,800 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan isteri masing-masing yang berdaftar sebagai pengundi akan menunaikan tanggungjawab dengan mengundi awal di pusat-pusat pengundian yang ditetapkan hari ini.

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkiple Kassim berkata, jumlah tersebut membabitkan ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu darat, udara dan laut serta isteri masing-masing.
"Seluruh anggota ini akan mula mengundi seawal pukul 8 pagi ini  di tempat-tempat pembuangan undi yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya berharap sebagai seorang anggota tentera yang berkhidmat dalam menjaga keselamatan negara, mereka dapat menggunakan hak sebagai pengundi dengan bijak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meng hadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Tentera kira-kira 3,000 anggota tentera di Kem Terendak, Sungai Udang di Melaka, semalam.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment