Friday, April 12, 2013
PRU 13 : Sekolah Terlibat Pengundian 5 Mei Di Terengganu Dibenar Ambil Cuti Berganti
Sekolah di Terengganu yang terlibat dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) secara langsung seperti menjadi pusat mengundi, dibenar mengambil cuti berganti.
Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin berkata guru yang terlibat menjadi pegawai pilihan raya pada PRU13 juga dibenar berbuat demikian.
"Kita difahamkan banyak sekolah di Terengganu menjadi pusat mengundi PRU13pada 5 Mei ini. Begitu juga ramai guru terlibat menjadi pegawai pilihan raya.
"Semua itu bergantung kepada keperluan, dan guru besar kena tahu keperluan dan keadaan di sekolah masing-masing," katanya.
Beliau berkata guru dan petugas sekolah dibenar keluar mengundi seperti biasa namun bagi yang mengundi di tempat agak jauh, mereka juga dibenar mengambil cuti berganti. Terengganu, Kelantan dan Kedah adalah antara tiga negeri di Semenanjung yangbekerja pada 5 Mei iaitu Hari Ahad, yang ditetapkan sebagai hari pengundian bagiPRU13.
Berkaitan perkara ini, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam berkata kerajaan negeri akan menimbang untuk membenarkan cuti umum pada hari pengundian PRU-13 pada 5 Mei depan.
Ia bagi membolehkan penduduk Terengganu menunaikan tanggungjawab mereka dan kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan khas berkaitan perkara itu mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Kita belum memutuskan lagi sama ada ia cuti atau tidak, apabila tiba masa nanti akan diberitahu, “ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Ke-40, di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, semalam.
No comments:
Post a Comment