Monday, April 22, 2013

PRU13 - Calon PAS di Parlimen Besut Akui Peluang Menang Tipis


Calon PAS bagi kerusi Parlimen Besut, Riduan Mohamad Nor mengakui peluangnya untuk menang di kerusi itu sangat tipis kerana menentang orang kuat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Idris Jusoh.

Bagaimanapun, Riduan, 42, berkata, beliau akan tetap berusaha sedaya-upaya untuk memenangi hati pengundi di kawasan kubu kuat BN itu.

"Beliau (Idris) diakui memang popular dan dikenali penduduk di sini, tapi saya tetap akan berjuang habis-habisan," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

Sementara itu, Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkata rakyat di daerah berkenaan lebih tahu siapa yang layak memimpin dan memperjuangkan kepentingan mereka.

 Rakyat dapat melihat sendiri sumbangan BN di kawasan ini dan terserah kepada mereka untuk memutuskan siapa dan apa yang mereka mahu pada masa depan, katanya.

 Idris yang juga Ketua UMNO Besut dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat pernah berkhidmat peringkat kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan.

No comments:

Post a Comment