Sunday, April 21, 2013

Rakyat Kemaman Berubah Melalui Transformasi Bukan Kepentingan Politik PAS, PKR

Pasukan yang sedang dan akan membawa transformasi pentadbiran, pembangunan dan politik kepada Kemaman dan Terengganu.
"Calon pembangkang bernafsu menjadi calon semata-mata dan secara tindak langsung menjalankan sabotaj kepada perancangan dan pembangunan yang sedang dan akan dibangunkan Kerajaan BN Negeri. Rakyat Kemaman dapat melihat perpaduan di kalangan anggota dan pemimpin BN yang mampu memaju dan mensejahterakan  lagi kawasan mereka."

Kemaman menjadi Parlimen paling menarik dan menjadi tumpuan kerana Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal selain Menteri Belia dan Sukan , Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek adalah penyandang kerusi Parlimen Kemaman.

Juga menarik, bagi kerusi DUN Cukai, Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid yang merupakan calon BN akan ditentang oleh orang kuat PAS Kemaman dan negeri, Hanafiah Mat (Pas) Calon yang menentang Ahmad Shabery kurang dikenali iaitu Kamarudin Chik secara satu lawan satu dengan PKR.

Ahmad Said pula bertembung satu lawan satu juga di kawasan (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.


Juga menarik semalam ialah bekas Adun Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera menyertai kira-kira 5,000 pemimpin dan penyokong UMNO serta parti komponen BN menyertai perarakan. Pertanyaan ialah untuk apa pembangkang bertanding di Kemaman?

Untuk membawa perubahan atau semata-mata kerana demokrasi memberikan sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding. PAS berkempen mengajak rakyat menukar kerajaan atau berubah sementara PKR juga bermisikan yang sama.

Namun calon Bebas untuk apa? Ditaja?

Kalau sekadar mahu berubah kerana politik, rakyat tidak akan terpengaruh.

Kenapa?

Lihat sahaja pembangunan yang berlaku di Kemaman sekarang. Ada peluang pekerjaan kerana wujudnya kilang besi, ada kemudahan jalan, pasar raya besar, peluang perniagaan, rumah mampu milik, mengekalkan kesesakan dengan terbinanya jambatan baru merentasi Sungai Kemaman. Juga akan ada pembangunan semula Bandar Cukai dan kegiatan ekonomi yang rancak hasil visi anak kampung Kijal yang menjadi Menteri Besar Terengganu sekarang. 


Dalam konteks hubungan Kemaman dan Pusat, rakyat ada Menteri. Untuk kemajuan sukan Kemaman dan Negeri, Ahmad Shabery Chik sudah melakukan yang terbaik. Nelayan mendapat pelbagai bantuan, peneroka Felcra sudah mula mendapat tanah dan belia dimajukan dan ditolong melalui BR1M, dana belia, selain BL1M. Jadi untuk apa PAS dan PKR bertanding?

Ia tidak lain daripada nafsu menjadi calon semata-mata dan secara tindak langsung menjalankan sabotaj kepada perancangan dan pembangunan yang sedang dibangunkan. Rakyat Kemaman dapat melihat perpaduan di kalangan anggota dan pemimpin BN yang akan memaju dan mensejahterakan  kawasan mereka.

Rakyat tidak akan terpedaya dengan janji BN dan hasrat mereka untuk menukar kerajaan. Rakyat Terengganu sudah faham dan berpengalaman hidup dalam tempoh lima tahun di bawah pembangkang. 

Mereka dah serik dan tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Lagi pun KENAPA PULA  mereka mahu korbankan ‘budak kampung KITA SENDIRI yang mesra rakyat’ dan berkedudukan tinggi seperti Ahmad Said?

Ahmad Said adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang akan ditentang oleh calon Pas, Hazri Jusoh. Sementara dua lagi calon BN adalah kalangan profesional.

Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (dari kiri) Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abdul Hamid, Rosli Othman, Datuk Seri Ahmad Shabey Cheek, Datuk Seri Ahmad Said, Kamarudin Chik, Hazri Jusoh, Che Alias Hamid, Hanafiah Mat, Razak Ibrahim dan Zulkiflee Salleh bergambar selepas proses penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman, pagi semalam.
Kerusi DUN Kemasik menyaksikan calon BN, Ir Rosli Othman yang merupakan penyandang menghadapi tentangan tiga penjuru melibatkan calon Pas (Che Alias Abdul Hamid) dan Bebas (Zulkiflee Salleh).

Manakala DUN Air Putih, penyandang yang juga calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, anak bekas Menteri Besar Terengganu akan ditentang oleh Abdul Razak Ibrahim (Pas).

Menteri Besar yang berbaju Melayu biru sebelum itu mengetuai perararakan lebih 5,000 penyokong BN dari pejabat Umno Bahagian Kemaman ke pejabat MPK, seawal jam 8.30 pagi. Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud turut menyertainya.

Dengan visi membawa pembangunan dan kemakmuran ke Kemaman, calon BN jauh mengatasi prestasi dan tekad untuk melakukan reformasi di Kemaman.

Kerana itu, buat apa undi calon pembangkang khususnya PAS dan PKR pada ketika perubahan sedang bergerak lancar melalui ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang bercirikan PERUBAHAN SEBENAR, bukan ajakan Berubah berciri ANGAN-ANGAN untuk tujuan politik semata-amat!.
 .

No comments:

Post a Comment