Monday, April 29, 2013

Selangor Akan Jatuh Kembali Ke Tangan BN - Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin negeri Selangor akan jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ini kerana, menurut beliau, sudah terlalu banyak tanda yang menunjukkan perkara itu bakal terjadi, antaranya ketidakpuasan hati yang ditonjolkan oleh ibu-ibu tunggal di negeri itu baru-baru ini.

"Ini bukan titik permulaan gelombang biru tetapi kemuncak kepadanya.

"Ini adalah gelombang yang akan memukul pantai Selangor, meroboh benteng-benteng pakatan rakyat, yang akan menular, menjalar sehinggalah ke pusat pentadbiran Shah Alam yang kita akan birukan," katanya pada satu majlis di Kampung Melayu Batu 16 di Rawang, semalam.

No comments:

Post a Comment