Monday, April 29, 2013

Liga Super - T-Team Kecundang Lagi, Lions XII Masih Pendahulu

Penjaga gol Selangor, Norazlan Razali (dua dari kanan) bertindak cemerlang mengecewakan asakan pemain Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.
Selangor gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 0-0 dengan Lions XII pada aksi ke-14 saingan Liga Super di Stadium Shah Alam malam semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Gergasi Merah kekal menghuni tangga keempat liga dengan mengutip 24 mata sementara wakil Singapura itu terus mendahului carta Liga Super dengan 28 mata.
 
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan meraih kemenangan berharga selepas menewaskan T-Team 3-1.
Kelantan yang bangkit daripada kekalahan 1-2 kepada Selangor PKNS FC Jumaat lepas melalui penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme yang  membuka tirai jaringan untuk pasukan The Red Warriors menerusi sepakan penalti pada minit ke-32 sebelum Norfarhan Muhammad menambah derita pasukan pelawat dengan gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-60 perlawanan.

Damir Ibric Yuksel bagaimanapun mengurangkan defisit jaringan untuk pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-82 sebelum Indra Putra Mahayuddin memastikan tiga mata penuh milik pasukan The Red Warriors dengan jaringan kemenangan dalam masa tambahan separuh masa kedua.

Kemenangan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan pasukan bimbingan Bojan Hodak yang menduduki tangga kesembilan liga dengan kutipan 17 mata selepas 14 perlawananm

Seperti yang diramalkan, Selangor yang turun selaku tuan rumah, mempamerkan persembahan bertenaga sebaik perlawanan bermula namun usaha mereka itu tidak membuahkan hasil. Juara 32 kali Piala Malaysia itu hampir berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-17 namun percubaan Francis Forkey Doe melepasi palang gol.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu sekali lagi hampir mencemaskan kem Lions XII menerusi rembatan jarak jauh S. Kunanlan namun penjaga gol pasukan pelawat, Mohd. Izwan Mahbud berjaya menepis percubaan merbahaya pemain sayap lincah itu pada minit ke-22.

Tersentak dengan asakan Selangor, Lions XII kembali mengatur serangan dan Hariss Harun hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-32 namun penjaga gol Selangor, Norazlan Razali bijak menyelamatkan keadaan.

Kedua-dua pasukan semakin terdesak untuk memburu jaringan pembukaan dan masing-masing ghairah melancarkan serangan namun tetap menemui kebuntuan.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Di Stadium TLDM Lumut, Paulo Rangel muncul sebagai wira Perak selepas membantu skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 3-0.

Rangel tampil dengan meledak hatrik menerusi jaringan pada minit ke-12, 67 dan 88.

Sementara itu pasukan jemputan dari Singapura Lions XII FC mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super meskipun mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Selangor di Stadium Shah Alam malam pada Sabtu malam.

Satu mata yang dikutip anak didik V.Sundramoorthy itu membolehkan mereka kekal menerajui takhta Liga Super dengan 28 mata selepas 14 perlawanan. Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel pula muncul wira pasukan Perak selepas jaringan hatriknya memberi kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan berstatus bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut.

Jaringan pemain itu, masing-masing pada minit ke-12, 66 dan 87, bagaimanapun tidak mengubah kedudukan skuad Seladang yang masih menghuni kedudukan kelapan liga dengan 18 mata selepas 14 perlawanan.

No comments:

Post a Comment